Cerita surirumah biasa dengan impian luar biasa

Monday, 5 March 2018




Saya suka berblogging kerana Eyra suka abadikan segala kenangan yang tak mungkin berulang lagi dalam bentuk penulisan and gambar gambar waktu kejadian berlaku. Mana tau ada yang dapat manfaat atau inspirasi dalam kisah tu. Atau mungkin as tatapan anak anak suatu hari nanti. 



OMG! Petang petang layan facebook sambil melayan jugak karenah perut tengah lapaq kriukk kriukk ni, Tiba tiba lalu Page Makan TV  dia belanja AIS KEPAL MILO!

Arghhh. Rasa nak hentak laptop sebab dah lama teringin nak try tau. Aisehmen. So apa lagi. Cepat cepat aku abadikan kat sini supaya senang nak buat rujukan nanti. WAJIB CARI! Jangan cakap aku mengandung. Hentak kepala sat g haha


Daughter's Kitchen Sg buloh


Kalau nak compare awek cendol dengan awek ice kepal milo ni, lawa ni lagi hahah. Okay gurau


Johny's Ice Kepal Kuala Lumpur


Yang ni nampak shiook tak ingat!




Milo Kepal Ketagih Puchong. Hat ni pun shiook maa. Aduhai. 


Kopi Siam 129 Kuala Lumpur. 
Hat ni pulak ice dia nampak gebuuu. Back to basic tanpa topping gitu haha


Ais Kepal Milo Viral Sentul
Bagi aku yang ni paling melampau! Ade sekerim pulak! Naaaaaaaaaaakkkkk


Ais kepal milo viral Taman Medan. Siap oreo! Cari gaduh!



Ais kepal milo danau kota. Hmmmm. Tak kuat da jiwa haha


Ais Kepal Milo Viral Nora Norazim
Warna warni di aidilfitri. Fuh!



Ais Kepal Milo MrABDS Sentul. Yang ni pun kalefullnya weyh...


Istighfar bebanyak aku menaip ni. InshaAllah esok lusa aku pi terjah. Tak tahan menahan gelora milo haha. Apa lagi pencinta milo.  Cepat tarik laki engkorang suruh cari Ais kepal milo sekarang!

Credit My Makan Tv














Friday, 2 March 2018

Assalamualaikum.

Hai uolsss. Thank you masih sudi membaca coretan mak mak ni haha. Maaf kalau ada yang kurang sebab memang dah lama tinggal dunia blog. Or maaf kalau tak sama macam blog orang sebab serius aku cuma taip santai santai. Gaya aku. Sama macam dulu. Tak de beza. Kalau suka alhamdulillah. Tak suka? Hm... Bukan aku paksa baca. Bhahaha. Okey gurau ja. Alah. Serius sangat engkorang ni. aku ni bab kerja serius lah. Bab lain aku tak suka serius. Lek lek la. :P

Actually da dekat sebulan aku kembali kerja kat rumah. Aku tak publish cerita kat facebook since masih sibuk dengan kerja yang tertunggak raya cina lepas and jaga anak anak yang demam silih berganti lepas raya haritu. Makanya , sekarang la masa yang tepat untuk aku jawap soalan since bila orang nak datang kedai ja aku soh mai umah haha.


My kedai sewa hihi . nampak tak jadi apa. Sebelah kiri tu used to be my office. Dah habis bukak partion segala dah. 


Eyra da tutup office ke? Yes. Da tutup sayang. Tapi bisnes tak tutup ye! Kedai ni aku bagi kat zarin. Untuk besar kan lagi bengkel dia since bengkel kat sebelah kecik lagi dari ni. Mula mula aku ingat nak sewakan kat orang. Tapi lupa pulak, baik pas laki sendiri. Ada jugak profit kalau bisnes laki makin maju hahaha. Zarin sebenarnya berkeras tak nak aku balik kerja kat rumah. Tapi lepas sebulan jugak la aku fikir sebelum amek keputusan ni, InshaAllah rasanya ni yang terbaik.

Honestly aku sedih sebab ribu jugak habis untuk setup office walau nampak ja kecik cikai cm tu. Tapi sekarang aku happy balik sebab tengok cantik and kemas bengkel zarin. Lebih besar. Itu pun tak muat motor dalam nya. Rasa macam more pada kedai moto instead of bengkel bila tiap kali datang motor berbaris ja haha.

Kenapa Eyra tutup??

Soalan peymes haha. Jujur nya biarlah aku simpan and Tak perlu cerita semua terlalu details. Just kalau general info, main reason aku tutup sebab aku and zarin seriously tak mampu kawal zafri kalau zafri kat bengkel. Biasala. Zafri dalam proses nak membesar. Tak kan boleh dilarang larang 100% sebab dia KOMPOM main segala benda yang ada kat bengkel tu. Minat sungguh dia spanar bagai tu. And selalunya dia akan kotor and comot dengan minyak bagai. Alah macam kita kecik kecik main tanah tu. kalau da kotor dan comot, nanti orang kata kami tak jaga anak, pedih pulak hati dengar. huhu. So untuk kebersihan and kesihatan anak anak, for now ini keputusan aku

Kami cuba yang terbaik untuk jaga anak anak kami. Cuma bukan semudah tu. Kalau dia anak ceo yang dok office, inshaAllah bersih sentiasa. Tak kan ade secalit minyak pun. Macam dia duduk dengan emaknya sekarang. emak dia kan CEO Eyrasaha Empire kahkah.


Kenangan Office kecik den. 


Jadi kalau dulu aku pernah korbankan cita cita dan impian dari kerja luar, tinggalkan kerjaya and pilih untuk jaga anak anak kat rumah, apalah sangat untuk aku korbankan office aku untuk sekali lagi kembali jaga anak anak dirumah and bekerja dirumah dengan bersih and selamat dengan anak anak kan. 

Memang la sedih. Kerja kat office aura dia lain sikitla. Pagi pagi dah keluar rumah etc. Performance kita lagi laju. tak payah hadap kerja rumah lagi haha. Plus memang ini impian kami berdua dulu. Kami nak kerja sama sama. Berdua. Sebelah sebelah. Allah tunaikan weyh. Baiknya Allah.


Bengkel sebelah. Lebih kecik and suram bagi aku haha. Suka lagi kedai aku sekarang. Eh Kedai Zarin. Tapi legally semua nama kedai, nama company, urusan, duit  bla bla under aku jugak. So ada saham jugak aku ni hahaha :P


Before. Mujur tak buat pintu kaca. Sebab pikir memang kiteorang dua tak nak sewa sini lama due to location and enviroment tapi okayla. Ada hikmah sungguh.

Tapi tak pe. Semangat bisnes aku tak pernah effect apa apa. Lagi terbakar adelah. Maaf mungkin kami tak sempurna as parents. Tapi apa yang kami korbankan, Allah saja yang tau. Semua nya untuk anak anak kami jugak. Kalau tak pikir anak anak, kami tak kan sanggup buat semua ni sebenarnya. Letih. Thousand of hardworks. Tak cukup rehat. Tak berapa sihat. etc etc. Penat. Penat Penat. 

But you know what. Anak anak lah penguat segalanya. Anak anak tak berdosa. Tak tau apa apa. Masih kecik and naif. Kami cuba sedaya mungkin untuk jaga. And apa yang berlaku hari ni jugak sebenarnya untuk warisan anak anak kami. Untuk kesenangan anak anak kami.

Kami dah merasa hidup susah. Dari kira syiling terakhir untuk isi minyak motor. Sampai ketahap ni. Jadi tak mungkin untuk kami biarkan anak anak kami rasa apa yang kami rasa selagi kami masih hidup kat muka bumi ni. 

Setiap orang ada reason tersendiri. So kalau tanya bisnes tutup ke. No, office saja close down and kembali operasi dirumah and bagi laluan zarin besarkan bengkel and supaya anak anak duduk bersih kat rumah.  Bisnes tak kan tutup inshaAllah. Tak habis lagi bantu ramai orang supaya tak rasa susah macam kami dulu :)



Tempat operasi baru. Tak habis kemas lagi . tengah taram hati Ikea buat sales pulak. Hampeh betul haha


Till next time. Toodles :)






Assalamualaikum.

Ha tudiaaa. Cerita kaki weyh. Asyik cerita muka. Dok celet (calit) tu, celet ni. Kaki yang banyak berjasa dilupakan. kahkah. Aku bukan abaikan kaki. Sekaligus sebenarnya aku abaikan kesihatan diri. Kurang minum ayaq! Kurang makan buah! Bommm! Kena batang hidung



Actually agak lama keadaan tumit aku camni. Dalam kesibukkan aku terlupa masa untuk diri sendiri. Masa aku banyak habis untuk orang. Untuk suami. anak anak. untuk team and bisnes. Sampai makan pun ikot dan, kaki lagi la terlupa haha. Bila dah ingat, hari hari buat balik rutin letak cracked heel cream. Scrub bagai. Namun nan hado yang berubah. 

So tadi aku pergi buat Heel Cracked Treatment since macam macam da cara aku try buat xjalan termasuk la aku gagah kopek kulit tumit aku sebab geram and siyes menyampah tengok kaki sendiri. HAHA. Rupanya orang tu explain, kalau da teruk macam ni, memang tak kan pulih sendiri dengan semudah tu unless BUANG dulu segala kulit tumit yang ada. Tudiiaaaa!

Dia dok telek kaki. Then dia bagitau. Adek ni kurang minum air and makan buah kan. Kahkah. Makan pun ikot dan lagi nak cari buah?? kehkeh. Oh. btw antara faktor lain kulit kaki merekah sebab obesiti/berat korang dah lebih. Genetik or mungkin jugak diabetes tau. Kurang air tu paling ye la 


First time buat oi haha



Maka nya berlangsung la treatment selama dekat setengah jam camtu. Dia buat and explain bla bla bla. Sambil tu aku perati cemana dia buat. So kalau korang nak buat sendiri pun boleh. Lagi shiok soh la husband buatkan hahaha

Yang aku perati, dia sapu Callous Softner, then ada satu pisau khas macam pisau cukur zaman dedulu yang letak blade kat dalam tu. cumanya ni maybe special utk tumit. then dia kikis habis segala kulit yang ada.kalau korang nak buat guna pisau cukur aku tak tanggungjawap okay.  Habis tu dia kikis guna pengikis kaki yang biasa tu then scrub. and Tara. Lembut kaki macam zaman anak dara u. Siap tumit merah pinkish lagi HAHAH


Bagi aku berbaloi and murah. Result instant and senang untuk orang yang asyik nak cepat macam aku kehkeh. So kalau korang ada jumpa cracked heel treatment, pegi je buat. kasi buang dulu. lepas tu jangan lupa jaga balik macam sebelum ni. MINUM AIR BANYAK! Kalau malas kang jadi lagi naya je. buruk tau! haha. memang kaki orang tak nampak, tapi aku tak boleh. laki aku nampak. Balik kampung mak aku nampak, kang mak aku bising. EH, sendiri tengok hari hari pun stress tau x. Muka je berkilat, kaki merekah. aisehmennnn



Btw kalau korang tak jumpa tempat sesuai untuk buat treatment. Korang boleh cuba cara ni. Untuk mak mak. Mintak la bapak budak jaga anak jap. Batu pumis or pumice stone ni boleh cari kat guardian or watson. Dulu zaman muda remaja aku rajin la ada benda alah ni. Sekarang nan hado. Ah . Rindu zaman remaja . Banyaknya masa me time huhu. Lazada pun ada kalau tak nak cari kat luar. Ape dehal. Sekarang semua hujung jari je.cara ni pun berkesan cuma amek masa few days or seminggu klu buat hari hari. depends kulit kaki cemana.


nah. rupa batu pumis aka pumice stone. Sumber google


Heel cream apa yang best? Aku guna Kiss My Feet. Aku beli sebab suka nama dia HAHA. TAK. Aku gurau je. Sebab hat ni rasa lebih moist and improve formula. Boleh cari kat pharmacy. If tak de yang ni, any brands will do. Tapi cakap terus terang, Semua brand tak jalan kalau merekah tu da teruk. Nasihat aku, buang dulu kulit lama. Lepas tu Janji jaga la kaki esp kalau kau jenis kurang minum air haha. Oh, telan sekali vitamin E sebab antara punca tumit merekah sama tauuuu.
 Okay la.Sekian. Moga membantu mak mak sekalian. Lagi satu petua aku nak bagi. Sesuai untuk makcik bawang. Kalau tumit merekah,potong dua bawang besar tu and tenyeh kat tumit sampai air dia kering. Repeat la selalu. Sambil membawang dengan jiran tu jangan lupa tenyeh sekali bawang kat tumit. Ni serius tau! Petua!


Toodles :D

Thursday, 1 March 2018

Assalamualaikum. 

Pergh. Pertama sekali. Izinkan patik meniup segala habuk mabuk yang ada haha. Allah. Lama nya tak menaip. Rindu sangat diari kesayangan patik ni. Last story waktu pregnantkan baby nombor dua. And yes. Baby yang lahir betul berjantinakan perempuan and bernama Fitiya. Sekarang dah setahun enam bulan babe. Zafri da 4 tahun da. Big bro sangat. Kau rasa berapa lama tak jenguk blog haha


both my kids


Alhamdulillah perjalanan hampir tahun kedua yang sangat sangat awesome.Siapa sangka ada aku di tahap ni. Tajuk tu saja la nak bagi gempak. Nak kata luar biasa belum lagi. But tajuk tu saja nak bagi bakar lagi semangat. Dulu surirumah orang pijak pijak ja mehehehe.. Sekarang yang mana pijak tu tak la aku nak gasak sombong.Semua aku layan sama tara. Cuma pesan pada diri sendiri. Jangan hina orang. Mungkin one day, kita berjalan bawah dia. And kalau sekalipun kita kat atas, tak mustahil untuk jatuh bergolek kebawah pulak. Am i right?

Banyak nye kalau nak story kisah dari aku stop blogging. Boleh kalah sinetron indon haha. Tapi cukupla aku cut short. Yang sekarang dah berjaya terjun dalam bidang bisnes.



makcik bawang berjaya hahaha


Aku dan bisnes. Kadang kadang aku geleng kepala. Macam mana la aku boleh sesat kesini. Serius lah. Mat pun bodoh haha. Benci sungguh la kira kira. Mula mula aku bisnes. Aku menangis tenung buku. Subuh subuh aku kejut laki aku suruh ajar cemana nak tally kan account bla bla. Seriously aku bukan dalam bidang ni. Bagi aku bidang customer service. Letak aku kat front office hotel and bagi aku kena maki bahasa perancis pun aku rileks. Tapi bagi aku figure. Hm. Berhuhu

Oh. Kalau tanya aku bisnes apa. Aku buat bisnes Bellyna. Produk kesihatan. November 2016. Then aku fokus Nurraysa on disember 2016. Stokis within two month join. asyuk babe. Pernah sales 30k sebulan. Selalunya bersih gaji kadang kadang boleh pergi 5k. kehkeh. 2018, aku bergerak sepenuhnya dengan FeverGlam Malaysia. Nampak tak. bisnes bisnes. Belum lagi bukak blog lama. Waktu aku juai cheesekut and kek batik. hahaha

Tapi tak tahu kenapa. Ada satu urat dalam badan yang asyik asyik buat aku sesat ke bidang ni. Lagi seronok bila aku mampu lead satu team untuk sama sama buat sales. Dapat wassap dyeorang bagitau sekarang da boleh beli itu and ini. Dapat ubah taraf hidup. Dapat selesaikan masalah sekian sekian. Dapat duit poket. Cuma dengan bisnes, buat aku rasa puas. Puas hati sangat. Semua tu aku tak dapat waktu aku kerja dengan orang. 

Paling penting. 100% masa aku ada dengan anak. Suami aku pulak nak balik je aku ada. Senang cerita, aku sentiasa ada untuk dyeorang. Ewah haha. Bukan nak kata kalau kerja tak bagus. Setiap orang ada jalan cerita sendiri. and aku? aku pilih jalan ni. Sebab aku and zarin masih belum mampu berjauhan dengan anak anak. Boleh tahan jugak la kiteorang punya melekat dengan anak tu haha.

Seronok nya duduk rumah. Tengok anak membesar depan mata. Duit asyuk. Tak yah kerja dengan orang. Seronok betul! 

Yeke?? kahkah. Gelak besaq. Allah saja yang tau deknon. Apa yang senang dalam dunia ni?? Makan pun kena kunyah dulu. Kau main telan je tercekik mati plak haha. 1001 cerita weyh. Sayang nya aku lupa sungguh la nak coretkan semua kenangan tu dalam blog ni. But nvm. InshaAllah lepas ni hari hari aku muntahkan segala cerita kat sini heheh.



Kenangan dengan Founder Sabrina Suhaimi waktu Seminar Intergrated Marketing Mastery.
Founder FeverGlam kesayangan. dulu ponder tengok kat tv je babe. 
Ni ponder boleh laga pipi peluk cium haha


Senang sangat ke bisnes dari rumah. Senang tu senang. tapi cabaran tetap ada. Kadang buat kerja sambil breastfeed baby tau. Dengan anak anak kacau laagi. Haish. Kenangan sungguh. Well. Kalau nak tau macam mana aku handle anak anak sambil buat bisnes ribu ribu, stay tuned tau. Aku bantu mana yang boleh. Tak dapat banyak, mungkin cerita aku boleh buat panduan or inspirasi kat korang.

Moga kita sama sama memartabatkan surirumah jadi suribisnes yang berjaya. Gituwwww.

Insha Allah 

Friday, 17 June 2016

Assalamualaikum..
29 weeks pregnancy..
Nak abadikan kenangan pregnant adek baby..
Or maybe we should call Fitya kot hihi

Rabu haritu.. lepas je amek zarin kat klia..
Kiteorg terus shoot p scan adek baby..
Berkobar kobar nak tengok dia huhu..
Waktu scan tu kecewa sikit.. adek baby tutup muka.. tido..
Adoi.. harapan sunggoh nak tgk muka dia..
Jenuh sonographer godek godek soh dia tepikan tangan tu.. 
And finally..


 


Tunjuk gak muka dia haha.. suka sgt tgk bibir Fitya.. tapi lau tgk dr riak muka..
Cam lebih kurang zafri je hahahaa
Maklong dia.. mmber mmber suma kata gitu jgk..
Hope betol la.. suka sgt lau ank anak mommy muka sedondon..

Oh.. knp panggil Fitya? 




Mula mula xtao gender adek baby sbb dia kepit.. frust ooo mommy ase..
Sekali pujukpujuk nampak jugak..
Sono tunjuk.. dia kata 'burger sign' means baby girl.. lau lelaki 'turtle neck' tapi mmg xde telor or bebird huhu.. so sonographer ckp 80% gender baby mmg baby girl..
Zafri dulu jelas nmpk telor huhu..

siap aku tnya dua tiga kali.. yeke.. mmg xnmpk bebird lgsung ke.. telo pon xde?? Sampai sono tu ingt aku nk baby boy hahahaa..
Actually mmg kiteorg da ase.. mcm baby girl sbb lain preggy kalini.. and mmg sape tegur pon mesti ckp girl tpi xnk la beria sgt.
Teka teka ni bkn betol..

Even da scan ni pon ak still caya xcaya je hahah..
Nak tggu sampai adek baby kua jgk baru puas hati..
Apapon.. mommy mmg berharap sgt mmg betul Fitya dlm rahim mommy so mommy n babah bole cuti lama skit sbb da ade sepasang 😝😝😝😝
Butt..... lau bkn pon still mommy n babah happy.. mommy and babah ada Fathi.. hihi..seee.. dua dua nama and baju suma prepare utk either one sbb mommy n babah 
tetap syg korang bkn sbb jantina okkk.. 😊

Ohh.. btw.. berat baby Fitya skrg da 1.4 kg.. sono ckp normal tp mommy yg takot..lau bole jgnla cecah 4kilo cm abg kamu.. 2kg lbh lagi bagus.. so mommy bole sekali teran je.. hahaha ..😂😂

Till then.. moga anak mommy mmbesar dgn sempurna.. we can't wait to see ya Fitya.. 😍

Tuesday, 7 June 2016

Assalamualaikum..
first of all, selamat menyambut ramadhan bg seluruh umah islam..
Da puasa ketiga da kita ni ye. Hehe

Last weekend kiteorg hangout ke food truck festival kat dataran..
Kebetulan sbnrnya..kiteorg kua g beli barang dapor since minggu ni zarin fly labuan..
Nanti nk g beli brg dapo ngn perot boyot ni, payoh pulak huhu
Then pegi amek barang kat taman melawati..
baru g dataran..

Memang rambang betoi la mata.. kiri foodtruck western..kanan aiskrim..
Kiri ayam la..kanan kambing bako la..
Gileeeeeeeeeeeeee xsuka hahahahah
Mujur la perot da berisi
Xdela nafsu makan tu mmbuuuak sgt
Just beli bnd pemanis mulut ja.. putu bambu lejen tu.. peneram ngan bigcup chocolate..

Kat sini,abam zafri la yg paling teruja..
Bukan teruja tgk food truck.. teruja tgk padang, hahahah... dia pantang la tgk bdk bdk dok main ni..
Mmg laju je dia join..
Babah dia plak melayan. Belikan buih sabun la.. beli menatang lastik yg berlampu tu ha...ape nth namanya.. lagi la sonok kawan tu huhu..

Apepon, weekend kali ni pon best. tenkiu abam zarin selalu spend time ngn kiteorg
Menyelit bawak g jalan jalan bila ada masa terluang
Semoga bisnes mu bertambah maju syg 😘







Pssstt : countdown.. 85 days left till due date 😍

Wednesday, 1 June 2016

Assalamualaikum..
Bulan mei da berlalu around 24 hours ago..
Mmg bln mei ni best betoi.. tiap weekend dating hihi..ganti yg sblum ni bz sokmo.. so may consider macam holiday month giteeww..
Sbb start june.. da mula bz balik..
Zarin dgn business.. aku plak lbh pada nk rehat kan diri...cuba tahan nafsu dari buat bnd bnd berat or lepak sakan demi adek baby haha..kandungan pon da nak masuk 7bulan.. 

First weekend on may.. zarin bawak g genting sambut mothers day..

Second weekend.. dating kat midvalley.. ade baby expo tp mmg xjadi masuk sbb crowded gilos.. kiteorg anti skit tmpt sesak huhu..


takot angrybird hahahaha... tp time bawak dia g midnight movie tgk angrybird,mmg dia tgok sungguh sungguh,sambil tgn seluk popcorn.. sampai la dia xtahan sbb ngntok sgt huhu



Ujung may.. he's turning 1year 7month 😍

Third weekend on may



Bawak zafri kejar ikan atas lantai 😂



Bawak zafri main pasir lepas tu.. tp xlepak lama sbb dia ngamok nk mandi.. kiteorg serba slh nk bagi sbb tgk air dia cm keruh.. takot gatal ke apa nnti..sian dia ngis sampai trtido wkt dlm kete 😅😅😅

Last weekend..




Highlight utk end may.. balik kampung.. wuhuhu... balik tepen and sg siput..ahad tu kenduri aqiqah n berendoi kt umah family 39a.. sambut baby humaira and aariz.. dpt gather ramai ramai n dpt lepas rindu balik jumpa maktok n tokwan zafri kt tepen..

June tiba sudaaah.. time to get busy... since kiteorg da wat keputusan, utk run business ni fulltime..so byk tapak yg lebih kukuh kene bina dr skrg..

Ade mase setaun je lagi sblum may taun depan..skrg giat kumpul duit as emergency live support nanti..utk modal lagi.. and so on.. apepon, bkn bole buta buta menonong nk wat something.. mesti ade plan..walau nnt mungkin turn out xsama apa kita da rancang but at least, we list out every possibilities and things yg kami perlu lalui nnt.. 

Wish us the best in chasing dreams and building empire.. Zarin Autoparts akan jadi lejen inshaAllah 😁

Wednesday, 11 May 2016

Assalamualaikum..
As promise.. ada celebration ganti :P
Kali ni xde dah mood bday bagai.. sbb da may hihi.. kali ni celebrate hari ibu...sehari sebelum pon zarin da soh cuti..off suma keje umah.. dia order dominos utk lunch haritu..sambil makan..dia wish.. 'selamat hari ibu syg...tq jd isteri and ibu anak ank abg.. ini je abg mmpu bg' dia xtau ke.. its more than enough apa yg dia bg hihi..

Malam zarin ajak dinner date kt pepperos (lupa ejaan daa) seksyen 13.. pekena western lagi mlm tu.. dpt lak float.. tp float 100 ja berani hahahaha..bjoget adek baby dlm perot ooo... 



Bos pekena lamb shank.. iols makan cheesyyy buttermilk chicken rice tapi tapi tapi..xsuka plak rasa cheese ngn daun kari tu huhu..



Esoknya..Ahad.. 8 may...zarin bwk naik genting..mmg haritu hari reserve zarin utk family..
Even last april da naik genting ngan besties tp ade tmpt xsempat pg..so kali ni bole la cover tempat tempat yg xsempat g haritu..
And kali ni jgk xnaik cable car.. naik terus ngan kete kat atas..
Zarin ajak naik genting mlm sabtu n ajak tido sana..
Tpi siyes scary..malam kot.. nak naik kete.. utan kiri kanan hmmmmmmm..jln bengkang bengkok..errr.... xpelah..
Kang takot terserempak cik lang ke..cik pon ke.. nk tumpang sekaki celebrate mothers day..xke naya....ish..idok la teman...hahahah

Pagi pagi kol 9 gitu...kiteorg pekena breakfast then terus gerak dr subang ke tol gombak..tru nkve.. 



Izinkan mommy gedik jap..otw genting highland :P



First stop.. mini cameron genting highland..
Sama cm nama dia.. mmg betoi betoi mini hihi..



Mommy dokong abe long yg nak melarikan diri haha.. kat sini..mommy pekena eskrim strawberry ja.. since adek baby kn suka sgt strawberry.. xde apa sgt pon.. da nama pon mini.. bole la wat lepas rindu kt cameron hihi



Next stop.. Genting Strawberry Leisure farm.. sini best la sbb besar tempat nya.. sampai semput mommy haha..kat sini pon ade lavender garden cm cameron.. so bole la ganti xsempat tgk lavender kt cameron sbb wkt tu musim mnuai..errr... menuai?? Haha.... 



Strawberrriiieessss... ada yg kurus.. ada yg montel... yg obes xjumpa lak hihi 



My heroes in lavender garden :)



Lepas habis lepak.sini..baru kiteorg naik pegi casino.. eh...x x.. haha.. pegi theme park la..
Nun atas sekali...btw..parking je kat park hotel first world.. free and senang..terus naik lif p theme park dio.. outdoor theme park supposed bukak end of this year tp dgr kata sampai taun depan pulak huhu..tinggal la indoor sajo..



Kat sini lau ank da besar lg.. bole la main mcm mcm.. kiteorg nk masuk snowworld bole sbb tinggi zafri da lepas..tp sbb pregnant even sorok perot pon..takot nak amek risiko.. licin ke ape ke.. pregnant mmg xleyh masuk.. nk g muzium repleys tapi zarin xbagi.. situ kn byk bnd pelik..hahahah.. aku kn pregnant...family kiteorg mmg pantang bnd gini..even tgk cita hantu pon xleyh.. so cancel.. ronda ronda n lepak marrybrown la.. makan bubur nasik peberet ngn zafri.. sambal jgn lupa.. tambah kick..hihi



24 years old mommy on 24 weeks pregnancy..naik sampai 74 kg hahahaha.. btw.. Happy Mothers Day to all mommies out there!  

Pssssttt... tq abam zarin for everything...tq sbb menghargai.. tq..jadikan aku wanita terbahagia di dunia.. ewaahhh...bunga citra lestari sekejap :P


Friday, 6 May 2016

Assalamualaikum...
Rini ade app endo kat ppum..sbb gdm tu la..
Honestly aku rasa cm xdak motif ja p huhu
Sbb every two weeks mmg wat bsp dgn rsat..
P jumpak endo pon sekadar review aku punya bsp yg aku wat kat umah then dah..balik.. wuu u..malas oi...
Tapi mmikirkan maybe dia nak rekod aku sbb aku nnt bsalin kat situ..so layan ajela..

Cuma xlalu nye dia soh aku kerapkan lagi amek bacaan bsp..
At least twice a week or more
Adoiii..letih.. bkn sbb aku spesis takot jarum..
Tapi sbb memikior every strip n jarum tu duit bhahahahah...wlupun bkn duit aku tp syg oi..kehkeh...
So far bacaan aku tetap maintain 4-5 mmol which is normal la..
Makan sbnrnya aku da lama xpntang gila pon huhu..
Cuma aku tetap beringat..n mmg aku spesis minum at least 2-3liter per day so xde prob sgt...

Xdela suma air gula apa suma bantai.. jrg aku mnum air manis..skdr few sip ja..
Coklat ke apa ke suma skdr rasa..
Just hari hari as snack aku suka mkn cococruch or cereal ngn susu plus milo skit...tujela yg manis skit pon.. lain yilek..

Mkn suma cm biasa ja.. aku ada baca..
Biasanya masuk 3rd trimester..bacaan gula akn lagi senang naik..
So better aku tetap beringat n xlupa
Utk adek baby jugak kn..mommy pon sihat.. so far maintain naik 2kilo per month.. xde naik mmdadak cm mula mula dlu..

Apapon.. aku bersyukur aku kene gdm kali ni.. why?
Sbb tiap yg berlaku pasti ada hikmah nye..
Aku bole bayangkan lau la aku xtau aku gdm..aku mkn ikot suka
Aku xcare sal pemakanan..end up..aku akn jd cm aku ngndg zafri dlu
Berat naik melampau..xstabil.. baby pon besar dabak.. 4.3 kilo..
Lau kata nak teran baby 2-3 kilo pon sakit..apatah lg 4kilo lbh..

So mana nak tau Allah nk bg rezeki bsalin normal lagi.. or kalau czer sklipon..pasti itu yg tbaik..
sbb Allah lebih mngetahui apa yg sesuai utk hamba dia..
Whateva happen..im blessed and always pikir positif..never doubt ur creator..
itu yg zarin selalu didik aku..so im a happy mommy :D



happymommy driving all the way home.. bos penat jago abe long...lena sudah kehkeh...

Wednesday, 4 May 2016

Assalamualaikum..
Disebabkan tengah rajin..better aku sumbat kenangan bday aku 26 April lepas..

First celebration sambut fews days awal dgn zarin..sbb mmber zarin akn dtg my seminggu utk bussiness dyeorg.. lama jgk plan 3days 2night vacation ni..bape kali ubah tarikh n tempat.. sbb nk ngamkn ngan jadual keje.. bape kali cancel hotel haha.. tp on that day..sempat pegi sehari semalam ja.. the next day terus aku decide utk balik sg siput.. ade emergency... tp xpela.. ade trip ganti.. nnt sumbat dlm next entry :P

Taun lepas celebrate bday kt putrajaya..pekena dip n dip yg maneh meleciaq tu hahaa... taun ni  celebrate kt port dickson n melaka..tp melaka xsampai plak..lencong sg siput... hahahaha... jom layan gambo.. 



Otw port dickson..aku yg drive since zarin baru balik kijo halfday haritu..lepas solat jumaat trus gerak...




Checkin hotel..terus terjun pool..zafri la paling excited sekali.. mmg hari jumaat tu xde plan jln jln.. sbb sampai pon da kol 5.. benti kt rnr dengkil lama..pekena nasik ayam feberet kt situ...sampai hotel mmg aim pool ja hehe


Mommy lepas gian skli..huhu



Malam pas isyak..baru ronda ronda pd.. of cos la aim charkoewteaw peymes dia...apa ntah nama kedai..tp mommy ja mkn charkoewteaw.. babah ttbe berwestern huhu


Belanja muka mommy kekenyangan..lepak kat pantai tp bkn teluk kemang..again..aku lupa nama dia huhu... mlm tu ramai dak dak lepak situ dok tangkap gambar sambil pakai skirt.. bole la cucimata.. eh???



Pagi pagi tu pas breakfast kat hotel.. terus gerak balik kg.. hotel kt melaka tu aku bio je burn wuuuuuu... xpela.. abam yg lanje hahaha... lau bkn sbb emergency..mmg terbang ke melaka da..but its ok.. next trip bole la g sana plak hihi..

Btw tq so much abam zarin..since bday 2013,tiap taun birthday celebration mmg best.. knp kita xkenal awal awal lg eh? Hahahah... :P


Pagi 26 April tu aku checkup pregnancy kat rsat..
Aku tau dah malam tu bestfriend aku...Eiyaa ngan Mimok kumpul kat umah Mideng.. tapi aku pelik.. malam bday tu xde sorg pon wish bday aku..haha
Mujur aku bkn jenis sentap sal tu..so xase apa la..

Then time checkup..dyeorg call..cakap nk ikot x g Bukit Tinggi..pahang.. since aku da pernah pegi and tau keadaan tempat tu, aku ckp aku xdpt nk ikot
Sbb nak naik taman jepun tu kene jalan kaki..
Bukit curam.. takot xpasal 22 weeks aku da beranak kt bukit tinggi tu hahahaha

Tp xlama dyeorg call lagi.. tanya aku nak g tempat panas ke tempat sejuk.. haha..apakah.. mestila aku ckp tempat sejuk..haha.. so dyeorg ckp nak g genting.. nanti dyeorg dtg amek aku pas habis chekcup..

Dlm area kol 12, dyeorg sampai kem..
Lalu di kidnap la aku ngan zafri utk naik genting haritu.. elok je kete nak gerak kuar kem, dyeorg nyanyikan lagu happy birthday huhuhu... terharu iolsss.. no wonder xde org wish mlm td.. nk wish live uponyo hoho..


Apapon.. thank you so much guys.. bkn selalu dpt hangout sama sama..since msg msg bz ngn kerja n life.. xmo cita pnjang sgt dah..nk tempek gambo je wat kenangan hehe..



Siyesly aku ni penakut orgnye.. tau aku gayat tp dyeorg kidnap gk masuk gondola.. bhahaha..zafri pon behave sgt as always...senang bwk :D



Tiap kali gondola ni lalu kt tiang tu..aku siap ngucap lg.. hahahhaha.. gila takot tp tetap enjoy..my first time experience :D



2010-2016

Dua org da kawen.. dua dua ada baby..xlama lagi aku tambah sorg lg baby..dan lagi..dan lagi..tp bkn aku la..lambat skit..maybe mimi..then mimok..eiyaa ke..tp tggu kome kawen la heheh




Still.. anak da berapa org pon.. we stay like what we are.. gila.. havoc.. kecoh hahahah.. tq girls.. cheer up my life as always..


Another awesome birthday celebration both from my husband and besties.. korang mmg superb.. kenot imagine la life without one of u guys.. u guys totally complete my whole life :')




Few days after birthday.. dpt hadiah fon dr abam zarin hihi... ni hadiah merangkap nk bersalin skli.. wktu pregnant zafri pon dpt fon.. asus.. kali ni dpt vivo.. bye bye la asus ngn samsung..lau tiap kali beranak dpt fon..bole beranak tiap taun la :P