Assalamualaikum.
Pergh. Pertama sekali. Izinkan patik meniup segala habuk mabuk yang ada haha. Allah. Lama nya tak menaip. Rindu sangat diari kesayangan patik ni. Last story waktu pregnantkan baby nombor dua. And yes. Baby yang lahir betul berjantinakan perempuan and bernama Fitiya. Sekarang dah setahun enam bulan babe. Zafri da 4 tahun da. Big bro sangat. Kau rasa berapa lama tak jenguk blog haha
both my kids
Alhamdulillah perjalanan hampir tahun kedua yang sangat sangat awesome.Siapa sangka ada aku di tahap ni. Tajuk tu saja la nak bagi gempak. Nak kata luar biasa belum lagi. But tajuk tu saja nak bagi bakar lagi semangat. Dulu surirumah orang pijak pijak ja mehehehe.. Sekarang yang mana pijak tu tak la aku nak gasak sombong.Semua aku layan sama tara. Cuma pesan pada diri sendiri. Jangan hina orang. Mungkin one day, kita berjalan bawah dia. And kalau sekalipun kita kat atas, tak mustahil untuk jatuh bergolek kebawah pulak. Am i right?
Banyak nye kalau nak story kisah dari aku stop blogging. Boleh kalah sinetron indon haha. Tapi cukupla aku cut short. Yang sekarang dah berjaya terjun dalam bidang bisnes.
makcik bawang berjaya hahaha
Aku dan bisnes. Kadang kadang aku geleng kepala. Macam mana la aku boleh sesat kesini. Serius lah. Mat pun bodoh haha. Benci sungguh la kira kira. Mula mula aku bisnes. Aku menangis tenung buku. Subuh subuh aku kejut laki aku suruh ajar cemana nak tally kan account bla bla. Seriously aku bukan dalam bidang ni. Bagi aku bidang customer service. Letak aku kat front office hotel and bagi aku kena maki bahasa perancis pun aku rileks. Tapi bagi aku figure. Hm. Berhuhu
Oh. Kalau tanya aku bisnes apa. Aku buat bisnes Bellyna. Produk kesihatan. November 2016. Then aku fokus Nurraysa on disember 2016. Stokis within two month join. asyuk babe. Pernah sales 30k sebulan. Selalunya bersih gaji kadang kadang boleh pergi 5k. kehkeh. 2018, aku bergerak sepenuhnya dengan FeverGlam Malaysia. Nampak tak. bisnes bisnes. Belum lagi bukak blog lama. Waktu aku juai cheesekut and kek batik. hahaha
Tapi tak tahu kenapa. Ada satu urat dalam badan yang asyik asyik buat aku sesat ke bidang ni. Lagi seronok bila aku mampu lead satu team untuk sama sama buat sales. Dapat wassap dyeorang bagitau sekarang da boleh beli itu and ini. Dapat ubah taraf hidup. Dapat selesaikan masalah sekian sekian. Dapat duit poket. Cuma dengan bisnes, buat aku rasa puas. Puas hati sangat. Semua tu aku tak dapat waktu aku kerja dengan orang.
Paling penting. 100% masa aku ada dengan anak. Suami aku pulak nak balik je aku ada. Senang cerita, aku sentiasa ada untuk dyeorang. Ewah haha. Bukan nak kata kalau kerja tak bagus. Setiap orang ada jalan cerita sendiri. and aku? aku pilih jalan ni. Sebab aku and zarin masih belum mampu berjauhan dengan anak anak. Boleh tahan jugak la kiteorang punya melekat dengan anak tu haha.
Seronok nya duduk rumah. Tengok anak membesar depan mata. Duit asyuk. Tak yah kerja dengan orang. Seronok betul!
Yeke?? kahkah. Gelak besaq. Allah saja yang tau deknon. Apa yang senang dalam dunia ni?? Makan pun kena kunyah dulu. Kau main telan je tercekik mati plak haha. 1001 cerita weyh. Sayang nya aku lupa sungguh la nak coretkan semua kenangan tu dalam blog ni. But nvm. InshaAllah lepas ni hari hari aku muntahkan segala cerita kat sini heheh.
Kenangan dengan Founder Sabrina Suhaimi waktu Seminar Intergrated Marketing Mastery.
Founder FeverGlam kesayangan. dulu ponder tengok kat tv je babe.
Ni ponder boleh laga pipi peluk cium haha
Senang sangat ke bisnes dari rumah. Senang tu senang. tapi cabaran tetap ada. Kadang buat kerja sambil breastfeed baby tau. Dengan anak anak kacau laagi. Haish. Kenangan sungguh. Well. Kalau nak tau macam mana aku handle anak anak sambil buat bisnes ribu ribu, stay tuned tau. Aku bantu mana yang boleh. Tak dapat banyak, mungkin cerita aku boleh buat panduan or inspirasi kat korang.
Moga kita sama sama memartabatkan surirumah jadi suribisnes yang berjaya. Gituwwww.
Insha Allah
No comments:
Post a Comment