Cerita surirumah biasa dengan impian luar biasa

Monday 5 March 2018




Saya suka berblogging kerana Eyra suka abadikan segala kenangan yang tak mungkin berulang lagi dalam bentuk penulisan and gambar gambar waktu kejadian berlaku. Mana tau ada yang dapat manfaat atau inspirasi dalam kisah tu. Atau mungkin as tatapan anak anak suatu hari nanti. 



OMG! Petang petang layan facebook sambil melayan jugak karenah perut tengah lapaq kriukk kriukk ni, Tiba tiba lalu Page Makan TV  dia belanja AIS KEPAL MILO!

Arghhh. Rasa nak hentak laptop sebab dah lama teringin nak try tau. Aisehmen. So apa lagi. Cepat cepat aku abadikan kat sini supaya senang nak buat rujukan nanti. WAJIB CARI! Jangan cakap aku mengandung. Hentak kepala sat g haha


Daughter's Kitchen Sg buloh


Kalau nak compare awek cendol dengan awek ice kepal milo ni, lawa ni lagi hahah. Okay gurau


Johny's Ice Kepal Kuala Lumpur


Yang ni nampak shiook tak ingat!




Milo Kepal Ketagih Puchong. Hat ni pun shiook maa. Aduhai. 


Kopi Siam 129 Kuala Lumpur. 
Hat ni pulak ice dia nampak gebuuu. Back to basic tanpa topping gitu haha


Ais Kepal Milo Viral Sentul
Bagi aku yang ni paling melampau! Ade sekerim pulak! Naaaaaaaaaaakkkkk


Ais kepal milo viral Taman Medan. Siap oreo! Cari gaduh!



Ais kepal milo danau kota. Hmmmm. Tak kuat da jiwa haha


Ais Kepal Milo Viral Nora Norazim
Warna warni di aidilfitri. Fuh!



Ais Kepal Milo MrABDS Sentul. Yang ni pun kalefullnya weyh...


Istighfar bebanyak aku menaip ni. InshaAllah esok lusa aku pi terjah. Tak tahan menahan gelora milo haha. Apa lagi pencinta milo.  Cepat tarik laki engkorang suruh cari Ais kepal milo sekarang!

Credit My Makan Tv














Friday 2 March 2018

Assalamualaikum.

Hai uolsss. Thank you masih sudi membaca coretan mak mak ni haha. Maaf kalau ada yang kurang sebab memang dah lama tinggal dunia blog. Or maaf kalau tak sama macam blog orang sebab serius aku cuma taip santai santai. Gaya aku. Sama macam dulu. Tak de beza. Kalau suka alhamdulillah. Tak suka? Hm... Bukan aku paksa baca. Bhahaha. Okey gurau ja. Alah. Serius sangat engkorang ni. aku ni bab kerja serius lah. Bab lain aku tak suka serius. Lek lek la. :P

Actually da dekat sebulan aku kembali kerja kat rumah. Aku tak publish cerita kat facebook since masih sibuk dengan kerja yang tertunggak raya cina lepas and jaga anak anak yang demam silih berganti lepas raya haritu. Makanya , sekarang la masa yang tepat untuk aku jawap soalan since bila orang nak datang kedai ja aku soh mai umah haha.


My kedai sewa hihi . nampak tak jadi apa. Sebelah kiri tu used to be my office. Dah habis bukak partion segala dah. 


Eyra da tutup office ke? Yes. Da tutup sayang. Tapi bisnes tak tutup ye! Kedai ni aku bagi kat zarin. Untuk besar kan lagi bengkel dia since bengkel kat sebelah kecik lagi dari ni. Mula mula aku ingat nak sewakan kat orang. Tapi lupa pulak, baik pas laki sendiri. Ada jugak profit kalau bisnes laki makin maju hahaha. Zarin sebenarnya berkeras tak nak aku balik kerja kat rumah. Tapi lepas sebulan jugak la aku fikir sebelum amek keputusan ni, InshaAllah rasanya ni yang terbaik.

Honestly aku sedih sebab ribu jugak habis untuk setup office walau nampak ja kecik cikai cm tu. Tapi sekarang aku happy balik sebab tengok cantik and kemas bengkel zarin. Lebih besar. Itu pun tak muat motor dalam nya. Rasa macam more pada kedai moto instead of bengkel bila tiap kali datang motor berbaris ja haha.

Kenapa Eyra tutup??

Soalan peymes haha. Jujur nya biarlah aku simpan and Tak perlu cerita semua terlalu details. Just kalau general info, main reason aku tutup sebab aku and zarin seriously tak mampu kawal zafri kalau zafri kat bengkel. Biasala. Zafri dalam proses nak membesar. Tak kan boleh dilarang larang 100% sebab dia KOMPOM main segala benda yang ada kat bengkel tu. Minat sungguh dia spanar bagai tu. And selalunya dia akan kotor and comot dengan minyak bagai. Alah macam kita kecik kecik main tanah tu. kalau da kotor dan comot, nanti orang kata kami tak jaga anak, pedih pulak hati dengar. huhu. So untuk kebersihan and kesihatan anak anak, for now ini keputusan aku

Kami cuba yang terbaik untuk jaga anak anak kami. Cuma bukan semudah tu. Kalau dia anak ceo yang dok office, inshaAllah bersih sentiasa. Tak kan ade secalit minyak pun. Macam dia duduk dengan emaknya sekarang. emak dia kan CEO Eyrasaha Empire kahkah.


Kenangan Office kecik den. 


Jadi kalau dulu aku pernah korbankan cita cita dan impian dari kerja luar, tinggalkan kerjaya and pilih untuk jaga anak anak kat rumah, apalah sangat untuk aku korbankan office aku untuk sekali lagi kembali jaga anak anak dirumah and bekerja dirumah dengan bersih and selamat dengan anak anak kan. 

Memang la sedih. Kerja kat office aura dia lain sikitla. Pagi pagi dah keluar rumah etc. Performance kita lagi laju. tak payah hadap kerja rumah lagi haha. Plus memang ini impian kami berdua dulu. Kami nak kerja sama sama. Berdua. Sebelah sebelah. Allah tunaikan weyh. Baiknya Allah.


Bengkel sebelah. Lebih kecik and suram bagi aku haha. Suka lagi kedai aku sekarang. Eh Kedai Zarin. Tapi legally semua nama kedai, nama company, urusan, duit  bla bla under aku jugak. So ada saham jugak aku ni hahaha :P


Before. Mujur tak buat pintu kaca. Sebab pikir memang kiteorang dua tak nak sewa sini lama due to location and enviroment tapi okayla. Ada hikmah sungguh.

Tapi tak pe. Semangat bisnes aku tak pernah effect apa apa. Lagi terbakar adelah. Maaf mungkin kami tak sempurna as parents. Tapi apa yang kami korbankan, Allah saja yang tau. Semua nya untuk anak anak kami jugak. Kalau tak pikir anak anak, kami tak kan sanggup buat semua ni sebenarnya. Letih. Thousand of hardworks. Tak cukup rehat. Tak berapa sihat. etc etc. Penat. Penat Penat. 

But you know what. Anak anak lah penguat segalanya. Anak anak tak berdosa. Tak tau apa apa. Masih kecik and naif. Kami cuba sedaya mungkin untuk jaga. And apa yang berlaku hari ni jugak sebenarnya untuk warisan anak anak kami. Untuk kesenangan anak anak kami.

Kami dah merasa hidup susah. Dari kira syiling terakhir untuk isi minyak motor. Sampai ketahap ni. Jadi tak mungkin untuk kami biarkan anak anak kami rasa apa yang kami rasa selagi kami masih hidup kat muka bumi ni. 

Setiap orang ada reason tersendiri. So kalau tanya bisnes tutup ke. No, office saja close down and kembali operasi dirumah and bagi laluan zarin besarkan bengkel and supaya anak anak duduk bersih kat rumah.  Bisnes tak kan tutup inshaAllah. Tak habis lagi bantu ramai orang supaya tak rasa susah macam kami dulu :)



Tempat operasi baru. Tak habis kemas lagi . tengah taram hati Ikea buat sales pulak. Hampeh betul haha


Till next time. Toodles :)






Assalamualaikum.

Ha tudiaaa. Cerita kaki weyh. Asyik cerita muka. Dok celet (calit) tu, celet ni. Kaki yang banyak berjasa dilupakan. kahkah. Aku bukan abaikan kaki. Sekaligus sebenarnya aku abaikan kesihatan diri. Kurang minum ayaq! Kurang makan buah! Bommm! Kena batang hidung



Actually agak lama keadaan tumit aku camni. Dalam kesibukkan aku terlupa masa untuk diri sendiri. Masa aku banyak habis untuk orang. Untuk suami. anak anak. untuk team and bisnes. Sampai makan pun ikot dan, kaki lagi la terlupa haha. Bila dah ingat, hari hari buat balik rutin letak cracked heel cream. Scrub bagai. Namun nan hado yang berubah. 

So tadi aku pergi buat Heel Cracked Treatment since macam macam da cara aku try buat xjalan termasuk la aku gagah kopek kulit tumit aku sebab geram and siyes menyampah tengok kaki sendiri. HAHA. Rupanya orang tu explain, kalau da teruk macam ni, memang tak kan pulih sendiri dengan semudah tu unless BUANG dulu segala kulit tumit yang ada. Tudiiaaaa!

Dia dok telek kaki. Then dia bagitau. Adek ni kurang minum air and makan buah kan. Kahkah. Makan pun ikot dan lagi nak cari buah?? kehkeh. Oh. btw antara faktor lain kulit kaki merekah sebab obesiti/berat korang dah lebih. Genetik or mungkin jugak diabetes tau. Kurang air tu paling ye la 


First time buat oi haha



Maka nya berlangsung la treatment selama dekat setengah jam camtu. Dia buat and explain bla bla bla. Sambil tu aku perati cemana dia buat. So kalau korang nak buat sendiri pun boleh. Lagi shiok soh la husband buatkan hahaha

Yang aku perati, dia sapu Callous Softner, then ada satu pisau khas macam pisau cukur zaman dedulu yang letak blade kat dalam tu. cumanya ni maybe special utk tumit. then dia kikis habis segala kulit yang ada.kalau korang nak buat guna pisau cukur aku tak tanggungjawap okay.  Habis tu dia kikis guna pengikis kaki yang biasa tu then scrub. and Tara. Lembut kaki macam zaman anak dara u. Siap tumit merah pinkish lagi HAHAH


Bagi aku berbaloi and murah. Result instant and senang untuk orang yang asyik nak cepat macam aku kehkeh. So kalau korang ada jumpa cracked heel treatment, pegi je buat. kasi buang dulu. lepas tu jangan lupa jaga balik macam sebelum ni. MINUM AIR BANYAK! Kalau malas kang jadi lagi naya je. buruk tau! haha. memang kaki orang tak nampak, tapi aku tak boleh. laki aku nampak. Balik kampung mak aku nampak, kang mak aku bising. EH, sendiri tengok hari hari pun stress tau x. Muka je berkilat, kaki merekah. aisehmennnn



Btw kalau korang tak jumpa tempat sesuai untuk buat treatment. Korang boleh cuba cara ni. Untuk mak mak. Mintak la bapak budak jaga anak jap. Batu pumis or pumice stone ni boleh cari kat guardian or watson. Dulu zaman muda remaja aku rajin la ada benda alah ni. Sekarang nan hado. Ah . Rindu zaman remaja . Banyaknya masa me time huhu. Lazada pun ada kalau tak nak cari kat luar. Ape dehal. Sekarang semua hujung jari je.cara ni pun berkesan cuma amek masa few days or seminggu klu buat hari hari. depends kulit kaki cemana.


nah. rupa batu pumis aka pumice stone. Sumber google


Heel cream apa yang best? Aku guna Kiss My Feet. Aku beli sebab suka nama dia HAHA. TAK. Aku gurau je. Sebab hat ni rasa lebih moist and improve formula. Boleh cari kat pharmacy. If tak de yang ni, any brands will do. Tapi cakap terus terang, Semua brand tak jalan kalau merekah tu da teruk. Nasihat aku, buang dulu kulit lama. Lepas tu Janji jaga la kaki esp kalau kau jenis kurang minum air haha. Oh, telan sekali vitamin E sebab antara punca tumit merekah sama tauuuu.
 Okay la.Sekian. Moga membantu mak mak sekalian. Lagi satu petua aku nak bagi. Sesuai untuk makcik bawang. Kalau tumit merekah,potong dua bawang besar tu and tenyeh kat tumit sampai air dia kering. Repeat la selalu. Sambil membawang dengan jiran tu jangan lupa tenyeh sekali bawang kat tumit. Ni serius tau! Petua!


Toodles :D

Thursday 1 March 2018

Assalamualaikum. 

Pergh. Pertama sekali. Izinkan patik meniup segala habuk mabuk yang ada haha. Allah. Lama nya tak menaip. Rindu sangat diari kesayangan patik ni. Last story waktu pregnantkan baby nombor dua. And yes. Baby yang lahir betul berjantinakan perempuan and bernama Fitiya. Sekarang dah setahun enam bulan babe. Zafri da 4 tahun da. Big bro sangat. Kau rasa berapa lama tak jenguk blog haha


both my kids


Alhamdulillah perjalanan hampir tahun kedua yang sangat sangat awesome.Siapa sangka ada aku di tahap ni. Tajuk tu saja la nak bagi gempak. Nak kata luar biasa belum lagi. But tajuk tu saja nak bagi bakar lagi semangat. Dulu surirumah orang pijak pijak ja mehehehe.. Sekarang yang mana pijak tu tak la aku nak gasak sombong.Semua aku layan sama tara. Cuma pesan pada diri sendiri. Jangan hina orang. Mungkin one day, kita berjalan bawah dia. And kalau sekalipun kita kat atas, tak mustahil untuk jatuh bergolek kebawah pulak. Am i right?

Banyak nye kalau nak story kisah dari aku stop blogging. Boleh kalah sinetron indon haha. Tapi cukupla aku cut short. Yang sekarang dah berjaya terjun dalam bidang bisnes.



makcik bawang berjaya hahaha


Aku dan bisnes. Kadang kadang aku geleng kepala. Macam mana la aku boleh sesat kesini. Serius lah. Mat pun bodoh haha. Benci sungguh la kira kira. Mula mula aku bisnes. Aku menangis tenung buku. Subuh subuh aku kejut laki aku suruh ajar cemana nak tally kan account bla bla. Seriously aku bukan dalam bidang ni. Bagi aku bidang customer service. Letak aku kat front office hotel and bagi aku kena maki bahasa perancis pun aku rileks. Tapi bagi aku figure. Hm. Berhuhu

Oh. Kalau tanya aku bisnes apa. Aku buat bisnes Bellyna. Produk kesihatan. November 2016. Then aku fokus Nurraysa on disember 2016. Stokis within two month join. asyuk babe. Pernah sales 30k sebulan. Selalunya bersih gaji kadang kadang boleh pergi 5k. kehkeh. 2018, aku bergerak sepenuhnya dengan FeverGlam Malaysia. Nampak tak. bisnes bisnes. Belum lagi bukak blog lama. Waktu aku juai cheesekut and kek batik. hahaha

Tapi tak tahu kenapa. Ada satu urat dalam badan yang asyik asyik buat aku sesat ke bidang ni. Lagi seronok bila aku mampu lead satu team untuk sama sama buat sales. Dapat wassap dyeorang bagitau sekarang da boleh beli itu and ini. Dapat ubah taraf hidup. Dapat selesaikan masalah sekian sekian. Dapat duit poket. Cuma dengan bisnes, buat aku rasa puas. Puas hati sangat. Semua tu aku tak dapat waktu aku kerja dengan orang. 

Paling penting. 100% masa aku ada dengan anak. Suami aku pulak nak balik je aku ada. Senang cerita, aku sentiasa ada untuk dyeorang. Ewah haha. Bukan nak kata kalau kerja tak bagus. Setiap orang ada jalan cerita sendiri. and aku? aku pilih jalan ni. Sebab aku and zarin masih belum mampu berjauhan dengan anak anak. Boleh tahan jugak la kiteorang punya melekat dengan anak tu haha.

Seronok nya duduk rumah. Tengok anak membesar depan mata. Duit asyuk. Tak yah kerja dengan orang. Seronok betul! 

Yeke?? kahkah. Gelak besaq. Allah saja yang tau deknon. Apa yang senang dalam dunia ni?? Makan pun kena kunyah dulu. Kau main telan je tercekik mati plak haha. 1001 cerita weyh. Sayang nya aku lupa sungguh la nak coretkan semua kenangan tu dalam blog ni. But nvm. InshaAllah lepas ni hari hari aku muntahkan segala cerita kat sini heheh.



Kenangan dengan Founder Sabrina Suhaimi waktu Seminar Intergrated Marketing Mastery.
Founder FeverGlam kesayangan. dulu ponder tengok kat tv je babe. 
Ni ponder boleh laga pipi peluk cium haha


Senang sangat ke bisnes dari rumah. Senang tu senang. tapi cabaran tetap ada. Kadang buat kerja sambil breastfeed baby tau. Dengan anak anak kacau laagi. Haish. Kenangan sungguh. Well. Kalau nak tau macam mana aku handle anak anak sambil buat bisnes ribu ribu, stay tuned tau. Aku bantu mana yang boleh. Tak dapat banyak, mungkin cerita aku boleh buat panduan or inspirasi kat korang.

Moga kita sama sama memartabatkan surirumah jadi suribisnes yang berjaya. Gituwwww.

Insha Allah